Halaman

Rabu, 3 Julai 2013

Ibrahim Ali anggap pendamaian kebangsaan hanya retorik Najib

Oleh Md Izwan

 Pendamaian nasional hanyalah retorik Najib, kata Ibrahim Ali pada 3 Julai, 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Pendamaian kebangsaan atau "national reconciliation" yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya retorik dan tidak diperlukan, kata Datuk Ibrahim Ali (gambar).

"Tidak perlu bincangkan Pendamaian Kebangsaan dengan saya, ia hanya satu perkara retorik.

"Sesiapa yang menang mestilah dihormati dan saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional yang kekal sebagai pemerintah," kata Presiden Perkasa itu.

Pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim turut menggesa pihak yang kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) supaya menerima keputusan itu.

Najib didakwa mahu memulakan pendamaian kebangsaan dan mendakwa ia sebagai usaha menyatukan rakyat Malaysia berikutan keputusan PRU13 sebagai 'tsunami Cina'.

Ibrahim yang turut gagal mempertahan kerusi Parlimen Pasir Mas - kali ini atas tiket BN, menggesa pihak yang kalah pada PRU13 supaya menerima keputusan itu.

Beliau meminta mereka menunggu lima tahun lagi pada PRU14, bukannya mempertikaikan keputusan tersebut.

"Yang kalah perlu terima dan tunggu lima tahun lagi. Mereka yang bercakap banyak adalah paling tidak bermoral dan korup," katanya. 3 Julai, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.