Halaman

Rabu, 3 Julai 2013

Lima Puluh Tahun Tabung Haji



Oleh A Kadir Jasin

TAHUN ini - 2013 - gelaplah 50 tahun usia Lembaga Tabung Haji (LTH). Kita bersyukur kepada Allah kerana membuka hati dan minda pemimpin dan cendekiawan negara seawal tahun 1963 untuk menubuhkan perbadanan ini.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan dan pandangan jauh mereka serta dedikasi dan profesionalisme peneraju LTH sejak itu, kita, umat Islam Malaysia mempunyai badan pengurusan dan pelaburan haji terbesar dan terbaik di dunia.

Hari ini, dalam usaha memudahkan ibadat haji rakyat Malaysia dan memperkasakan ekonomi umat Islam Malaysia, LTH telah berjaya mengumpul dan menjanakan dana melebihi RM36 bilion (baca di sini).

Demi Allah dan demi masa depan umat Islam Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab dan perjuangan kita bersama mempertahankan LTH dan mengelak daripada berulang episod durjana yang beberapa kali menimpanya akibat perbuatan orang yang tidak amanah dan tidak cekap.

Dengan dana yang begitu besar dan pelaburan yang mencakupi berbagai bidang dan tersebar di seluruh pelosok dunia, tentulah banyak orang dan pihak yang menitis air liur untuk menguasainya.

Alhamdulillah, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, kita sebagai umat Islam dan penabung LTH yang peka boleh melakukan kawalan jarak jauh ke atas Lembaga Pengarah dan pengurusan LTH (lawat di sini) kerana nama dan wajah mereka tertera dan mereka tidak boleh lari, tidak boleh mencuri dan tidak boleh buat sesuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.