Halaman

Isnin, 1 Julai 2013

Menteri akan perjelas undang-undang tukar agama


Zulaikha Zulkifli


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau akan memberi penjelasan kepada para MP berhubung rang undang-undang baru yang memudahkan ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.

Beliau juga akan meneliti kembali Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang menerima tentangan parti komponen BN itu.

 "Kita akan tengok dengan sebaik mungkin dengan merujuk pada semua pandangan.

"Kita akan bagi taklimat pada ahli parlimen sebelum masuk bacaan Rang Undang-Undang kedua," katanya ringkas.

Rang pindaan tersebut menerima tentangan keras, termasuk dari MIC dan MCA, selain dari Majlis Peguam dan Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.