Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjalankan
tanggungjawab dan bekerja semasa pilihan raya umum ke-13 lalu telah
menerima wang bonus sebanyak RM200 juta lebih, kata Datuk Seri Shahidan
Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebanyak RM400 juta
telah diluluskan kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya pada 5 Mei
lalu, peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding kos Pillihan Raya 2012
yang hanya berjumlah RM200 juta.
"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan Pilihan Raya
Umum 2013 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah
sebanyak RM400 juta," kata Shahidan.
"Bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas pilihan raya umum adalah sebanyak RM204,100,000."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.