Sekumpulan
pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini
mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4
juta kepada pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.
Pengerusi
Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah
mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di mesyuarat
agung tahunan PNHB.
"Anda mesti faham, ini adalah orang yang
mengasaskan syarikat ini 20 tahun lalu. Atas sekali sumbangannya, para
pemegang saham bersetuju dengan bayaran ini,” katanya dalam satu sidang
media hari ini.
Katanya, beliau secara peribadi berpendapat
Rozali berhak menerima imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang
membangkitkan isu berkenaan bukan terdiri dari golongan pemegang saham
kepada syarikat pemegang konsesi air itu.
Ditanya lanjut mengenai
perkara itu, Muhammad Imran berkata beliau dan pemegang saham terababit
lebih prihatin mengenai dividen dan pulangan mereka, dan menambah usul
mengenai ganjaran tersebut telahpun diputuskan.
Isu ganjaran
berkenaan dipersoalkan oleh MP Klang Charles Santiago yang
menyifatkannya sebagai keputusan “tidak beretika dan tidak
bertanggungjawab” memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.