| Harakahdaily, |
Pengarah Juham, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi berkata, kesediaan pihaknya itu kerana menganggap larangan pihak tertentu bagi mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih sebagai lebih kepada tindakan politik dan tidak sewajarnya berlaku.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam bahawa tazkirah sewaktu solat terawih adalah dilarang diadakan di negeri itu.
"Tindakan larangan tazkirah ini adalah bersifat ‘politik murahan’ semata-mata dan kelihatan Syed Ibrahim bercampara tanpa haluan di dalam isu ini.
"Adalah tidak wajar larangan tazkirah sebegini dikeluarkan, di mana di masa yang sama tiada larangan keras dan usaha positif dilakukan bagi membenteras gejala maksiat yang makin berleluasa seperti operasi kelab malam di bulan Ramadhan dan secara khususnya aktiviti perjudian di Genting Highland yang jelas satu penghinaan kepada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Maka dalam hal sebegini mengapakah Syed Ibrahim tidak ‘berkokok’," soalnya.
Menurut Ahmad Zamri lagi, Kenyataan Syed Ibrahim tersebut memperlihatkan secara tidak langsung dasar kerajaan Negeri Pahang yang dilihat cuba menghalang usaha percambahan ilmu dan perkembangan ajaran agama Islam di negeri tersebut.
"Ianya seperti satu penghinaan kepada Masyarakat agama Islam di Pahang dan secara tidak langsung penghinaan kepada Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam yang menyokong penuh serta komited dalam usaha-usaha perkembangan agama dan syiar Islam di negeri tersebut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.