HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Ogos 2013

1.4 juta pekerja Bangladesh; Bagaimana kerajaan boleh pastikan mereka akan pergi?

BULETIN ONLINE

PAS memandang perkembangan pengimpotan ‘tenaga asing’ besar-besaran dengan serius dan mempersoalkan bidang apakah yang membuka peluang pekerjaan begitu banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan perlu mengkaji polisi tersebut yang memberikan impak kepada indeks jenayah serta peluang kerja rakyat Malaysia.

“Apakah kerajaan sudah memikir impaknya terhadap indeks jenayah dan orang setempat dengan kebanjiran warga asing ini?

“Melihat kepada kebanjiran warga asing yang sudahpun tidak terkawal kini, apakah kerajaan sudah ada jalan memastikan warga asing ‘tidak hilang’ dari pemantauan negara dan memastikan mereka dihantar pulang apabila habis tempoh kontrak pekerjaan mereka?

banglas

“Bagaimana pula impaknya pada rakyat Malaysia yang dikahwini warga Bangladesh ini? Apakah warga Bangladesh ini akan terus diberi kerakyatan semata-mata mengahwini rakyat tempatan?,”soalnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan.

Selain soal-soal tersebut diatas, PAS juga bimbang soal kerakyatan dan kewarganegaraan pendatang asing Bangladesh itu apabila mereka dengan mudah berkahwin dengan penduduk tempatan kerana beragama Islam.

“Bagaimana pula impaknya pada rakyat Malaysia yang dikahwini warga Bangladesh ini? Apakah warga Bangladesh ini akan terus diberi kerakyatan semata-mata mengahwini rakyat tempatan?

“Bagaimana kerajaan boleh memastikan golongan ini tidak diMelayukan dan dijadikan warganegara semata-mata kerana beragama Islam?,”soalnya lagi.

Katanya, Zahid mewar-warkan bahawa warga Bangladesh akan diberi kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

Namun kata Tuan Ibrahim, bagi PAS, perkara itu bukanlah terpenting, kerana sebelum ini terdapat pelbagai kes di mana kad pengenalan sementara dan berwarna merah juga dapat didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) juga perlu ‘telus’ dalam menyatakan keperluan tenaga kerja dan memberi jaminan bagi memastikan golongan ini tidak diberikan kad pengenalan biru dan tidak di daftarkan sebagai pengundi di dalam daftar SPR.

banglassss

“Kerajaan perlu telus untuk memaparkan jumlah yang diminta oleh setiap sektor pekerjaan. Dan apakah peluang pekerjaan tersebut tidak boleh diisi rakyat tempat?

“Krisis ekonomi yang sedang melanda Indonesia dan Thailand tidak harus dipandang ringan. Dengan kebanjiran 1.4 warga Bangladesh ini, apakah rakyat Malaysia perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi sekiranya kemerosotan ekonomi berlaku,”jelasnya.

PAS menggesa seluruh rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera dan kaum Melayu, peka kepada isu ini kerana terlalu banyak contoh yang berlaku, warga asing beragama Islam mengambil kesempatan dengan kelonggaran polisi dan kepentingan politik pihak tertentu

PAS juga menyatakan kebimbangan, sekiranya situasi ini berterusan, anak-anak warga tepatan akan terpaksa bersaing dengan anak-anak warga asing ini terutamanya dari pelbagai segi sosial dan ekonomi.

Justeru, kerajaan perlu memastikan masalah pengangguran di dalam negara diselesaikan dahulu dan jangan mengambil buruh asing kerana semata-mata ada industri yang inginkan buruh murah yang akibatnya kedaulatan negara tergadai.

“Kerajaan seharusnya mencari penyelesaian bagaimana rakyat sendiri boleh memenuhi ruang pekerjaan ke dalam industri yang memerlukan tenaga buruh rendah dan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan mengambil 1.4 juta warga Bangladesh.

“Apakah ini satu lagi cara untuk pihak tertentu mengaut keuntungan hasil daripada komisyen membawa masuk warga Bangladesh yang ramai ini?,”kata Tuan Ibrahim yang meminta Menteri berkenaan menjelaskannya.

Tiada ulasan: