Halaman

Sabtu, 24 Ogos 2013

AG: Pembantu Najib tak relevan pada kes


MALAYSIA KINI


 
Testimoni bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak ketika beliau timbalan perdana menteri "tidak relevan" kepada pendakwaan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar dan Azilah Hadri, kata peguam negara.

Oleh itu, pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan Mahkamah Rayuan yang dituduh membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shariibuu.

Penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan Sirul dan Azilah.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.