“Tiba
masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan
itu.”Demikian reaksi Setev Shaariibuu , bapa kepada penterjemah dan
warganegara Mongolia, Altantuya.Setev yang dilaporkan sudah menjangka
keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih
tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.
Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan
kes ini.
“Dia
akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah
Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh,” katanya
dipetik dari Malaysiakini.
Ketika
Mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang
dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima
berita itu dengan perasaan sedih.
Hari ini,
mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan
membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas
tuduhan membunuh Altantuya.
Panel tiga
hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan
Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara
membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan
bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya
sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas
tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.
Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Keputusan
ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau
berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang
difailkan oleh Azilah.
Azilah
diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara
Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.
Timbalan
Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden
berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan hari ini.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
“Bukti
terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia
diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata
Gobind dalam akaun Twitternya.
Keputusan
hakim itu menyebabkan Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi
pihak Setev, berkata beliau akan membuat tuntutan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan
disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan
Setev, bapa Altantuya.
Peguam,
Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak
lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul
Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia
pada Jun 2007.
Tuntutan
itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan
yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan
hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya
itu dibebaskan pada Oktober 2008.
“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” kata Karpal di Shah Alam, hari ini.
Ramai
netizen juga turut mengucapkan takziah kepada Dr Setev yang mereka
gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan