HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Ogos 2013

Cari punca, bukan hukum peminjam PTPTN

Oleh: Masdar Wahid

PETALING JAYA : KEADILAN mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mencari punca mengapa majoriti pengguna Perbadanan

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar membayar dan bukannya bertindak menghukum mereka.” kata  Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli

Nik_Rafizi

“Sehingga kini, kita tidak pernah dimaklum sama ada sebarang kajian khusus sudah dibuat PTPTN atau BN untuk memahami sebab sebenar majoriti pengguna PTPTN menghadapi kesukaran membayar,”  katanya.
Sidang media turut dihadiri Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Oleh itu, beliau mendesak perincian berikut dikaji sepenuhnya dan dibentang di Parlimen sebelum sebarang langkah baru diumum.

“Pertama, berapa pendapatan bersih bagi pengguna PTPTN bergaji di atas RM2,500 sebulan dan berapa ramai pula bergaji di bawah RM1,000 sebulan? ”

Kedua, berapa ramai peminjam masih menganggur dan tempoh masa diambil sebelum dapat kerja sesuai dengan kelulusan mereka?

“Akhirnya kita mahu tahu jumlah pemegang ijazah yang bekerja, sedangkan pekerjaannya itu hanya memerlukan kelulusan diploma atau setakat SPM.

Begitu juga berapa ramai yang mendapat ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tetapi terpaksa menganggur kerana sijil itu tidak diiktiraf walau mendapat tajaan PTPTN,” katanya lagi.

Maklumat seperti itu katanya perlu bagi membentuk pemahaman adil mengenai masalah keberhutangan golongan muda dan bukannya bertindak kasar dengan memukul rata konon semua pengguna PTPTN tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan: