HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Ogos 2013

DBKL kunci air penduduk lepas benar bil ditunggak 3 tahun

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menghantar surat bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu penguncian bekalan air kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh kawasan berkenaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu berpunca apabila DBKL membenarkan penduduk antaranya melibatkan PPR Muhibah, Jalan Klang Lama menunggak bil air selama tiga tahun bermula 2010 sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Kemudian, selepas pilihan raya pada Mei lalu, DBKL menghantar notis kepada penduduk memaksa mereka membayar jumlah tunggakan mencecah RM3,000 sehingga RM20,000 melibatkan 1,200 unit rumah.

Izzah

“Maksudnya ada keputusan politik yang membiarkan dan menyebabkan penunggakan diluluskan oleh DBKL sehinggalah satu tarikh yang ditetapkan iaitu selepas PRU 13, dan sejurus selepas pilihan raya penduduk dipaksa membayar jumlah yang sangat besar,” kata Izzah kepada media.

Penduduk Muhibbah menerima notis diminta membayar secara ansuran pada 13 Julai lalu dan menurut Izzah, hari ini bermula penguncian air secara besar-besaran.

“Saya persalahkan pembudayaan atas arahan politik yang membenarkan penundaan selama tiga tahun.
Kenapa perlu tunggu sampai nilai tunggakan mencecah ribuan ringgit?” tegasnya.

“Ia kembali kepada pentadbiran yang ‘baik’, ini adalah keputusan di peringkat atas, kamu membenarkan penundaan sehingga tiga tahun, dan tiba-tiba seminggu sebelum raya kamu kunci air?” bidas Izzah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang kemudiannya tiba di lobi menara DBKL memberitahu Izzah bahawa penduduk dibenarkan membayar secara ansuran sehingga minimum RM10.

“Kita konsisten akan memberitahu penduduk supaya membayar jumlah tersebut tetapi kita masih persoalkan tindakan membenarkan penunggakan sehingga tiga tahun,” kata Izzah.

Tiada ulasan: