SINAR HARIAN
KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan pasar taninya di seluruh negara akan mengutip hasil jualan keseluruhan RM1 bilion menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata mereka yakin sasaran itu dapat dicapai kerana bilangan usahawan pasar tani semakin bertambah selain peningkatan pengguna yang membeli barangan harian di pasar tani di seluruh negara.
"Sehingga Jun tahun ini, pendapatan yang dapat dikutip daripada 511 buah pasar tani adalah RM700 juta, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lepas dan kita yakin pendapatan itu akan meningkat sehingga RM1 bilion pada hujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Pasar Tani Khas Pra-Syawal dan Program Jimat Belanja Dapur di Pusat Transformasi Bandar Kuantan, di sini hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu Ahmad berkata Fama akan membuka Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) ketiga di Pahang iaitu di Pekan pada September depan.
"Pembukaan Pakar ini adalah selaras dengan matlamat kita untuk menyediakan lebih banyak lokasi selesa kepada peniaga kecil khususnya usahawan pasar tani di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Shafik Fauzan berkata Pakar bukan saja berjaya menjenamakan semula pasar tani, tetapi juga menarik perhatian negara luar yang mula mengaplikasi konsep pasar sehari itu di negara mereka.
"Sebagai contoh, Indonesia... di Jakarta itu sendiri, mereka sudah mula memperkenalkan konsep hampir sama dengan pasar tani yang kita laksanakan di negara kita.
"Mereka akan memperluaskan ke seluruh negara itu dan saya percaya Indonesia akan cuba lakukan lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang," katanya yang berharap Fama akan menampilkan idea untuk menambah baik konsep sedia ada. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.