Kebanyakan penonton wayang yang diwawancara Malaysiakini minggu lalu tiada masalah dengan langkah itu.
Akta itu memperuntukkan denda tidak lebih RM100 atau hukuman penjara tidak lebih sebulan.
Penerbit filem tempatan Huang Rui Xiang (kiri) berkata, pelaksanaan dasar baru kerajaan itu agak "berlebih-lebih".
"Kalau mahu mahu menaikkan semangat patriotisme, ada banyak cara untuk lakukannya," katanya.
"Kita menyanyikan lagu kebangsaan dalam banyak perhimpunan, termasuk Bersih. Tetapi kita masih dipukul oleh kerajaan. Bukankah menyanyi lalu Negaraku itu aktiviti patriotisme juga?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan