Halaman

Ahad, 25 Ogos 2013

Hiburan lalai mengalpakan anak muda

BULETIN ONLINE

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menghidangkan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan dengan tujuan supaya anak-anak muda Islam melupakan masalah negara dan masalah umat Islam seluruh dunia.

Keua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Riduan Mohd Nor berkata apa yang berlaku pada konsert kumpulan rock Metalicca baru-baru ini adalah, anak-anak muda Melayu Islam tidak menunaikan solat kerana mahu menonton konsert tersebut.

IMG-20130821-WA0045

“(sewaktu konsert Metalicca) anak-anak muda Melayu Islam tak sembahyang (solat) tak peduli………semalam sebelum itu, (kumpulan rock) Linkin Park……..dah lah hampir selama buan Syawal ini penuh syarat dengan hiburan……..cerita-cerita hantu (tahyul),

“rakyat ‘dibius’ dengan hiburan supaya mereka tidak peduli samda isu dalam negara atau isu luar negara……..inilah kerajaan yang dipilih oleh sebahagian dari rakyat (padaa PRU lalu),”jelasnya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah membantah penganjuran konsert kumpulan rock tersebut yang diadakan di Stadium Merdeka, pada 21 Ogos lalu.

Bagi DPPM, penganjuran konsert kumpulan rock Metallica tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.

“Bantahan ini bukan bermakna DPPM menghalang hiburan. DPPM menyokong hiburan namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat di negara ini,” kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata, budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam.

“Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?

“Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini?” tanya beliau.
Justeru, DPPM mengedarkan risalah sempena konsert kumpulan itu bagi menimbulkan kesedaran pengunjung untuk berkongsi simpati terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.