SINAR HARIAN
KOTA TINGGI - Konsulat Indonesia di Johor Bahru hari ini menyatakan
kesediaan membantu rakyatnya yang memasuki negara ini tanpa izin pulang
beraya di kampung halaman mengikut prosedur undang-undang.
Konsul Jeneralnya DJudjur S. H Hutagalung berkata antara lain pihaknya akan menyediakan Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPAP) kepada rakyat Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kami tidak mahu pendatang tanpa izin ini keluar daripada negara ini menggunakan jalan tikus dan terdedah kepada bahaya bot karam yang banyak berlaku kebelakangan ini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurutnya pejabat itu juga akan cuba membantu membiayai kos perjalanan mereka yang tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Beliau sebelum itu meninjau lokasi tragedi bot pancung yang karam di Tanjung Siang di sini Khamis lepas.
Dalam kejadian lewat malam itu, bot tersebut yang dipercayai membawa 44 pendatang tanpa izin warga Indonesia dalam perjalanan ke Batam, sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.
Empat mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan dan peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas 15 jam terapung di laut manakala gerakan mencari dan menyelamat baki penumpang yang hilang masih diteruskan.
Mengulas mengenai empat mangsa yang selamat itu, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada keluarga mereka namun mangsa perlu melalui prosedur perundangan negara ini sebelum dibenar pulang. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.