MALAYSIA KINI
Exco
Pemuda Umno Lokman Noor Adam mengumumkan akan bertanding jawatan naib
ketua Pemuda parti itu dalam pemilihan pergerakan itu akhir September
depan, sekali gus mengesahkan cakap-cakap berhubung perkara itu sebelum
ini.
Beliau membuat keputusan itu kerana yakin pengalaman sebagai ketua Pemuda di peringkat cawangan selama 22 tahun sehinggalah menjadi exco sayap kanan parti itu akan banyak berguna untuk pengukuhan parti.
“
Saya
dengan rendah diri merayu sokongan sahabat-sahabat sekalian,” katanya
yang pernah menjadi orang kuat Pemuda PKR sebelum menyertai Umno sebelum
ini.
Selain bergiat sebagai exco, Lokman (atas) juga sekarang ini mengetuai Unit Pidato Pemuda BN dan menjadi panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Jawatan itu kini dikatakan sedang diintai beberapa pemimpin Pemuda, ekoran kekosongan yang ditinggalkan Datuk Razali Ibrahim yang dilapor tidak akan mempertahankan jawatannya sekarang.
Menurut sumber-sumber Pemuda Umno sebelum ini, lima exco Pemuda Umno disebut-sebut bakal menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua dalam pergerakan itu.
Selain Lokman, mereka ialah Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron,Ketua Pemuda Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli, Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa Nazir Husin.
Beliau membuat keputusan itu kerana yakin pengalaman sebagai ketua Pemuda di peringkat cawangan selama 22 tahun sehinggalah menjadi exco sayap kanan parti itu akan banyak berguna untuk pengukuhan parti.
“
Selain bergiat sebagai exco, Lokman (atas) juga sekarang ini mengetuai Unit Pidato Pemuda BN dan menjadi panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Jawatan itu kini dikatakan sedang diintai beberapa pemimpin Pemuda, ekoran kekosongan yang ditinggalkan Datuk Razali Ibrahim yang dilapor tidak akan mempertahankan jawatannya sekarang.
Menurut sumber-sumber Pemuda Umno sebelum ini, lima exco Pemuda Umno disebut-sebut bakal menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua dalam pergerakan itu.
Selain Lokman, mereka ialah Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron,Ketua Pemuda Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli, Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa Nazir Husin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.