Halaman

Isnin, 26 Ogos 2013

NFC lapor polis 2 MP pembangkang

JAMILAH HAMZAH
NFC NFC
KUALA LUMPUR - Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Mohamad Salleh Ismail memberitahu, pihaknya telah membuat dua laporan polis berasingan terhadap ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnah.

Laporan dibuat berikutan Laporan Audit Negara 2010 merujuk kepada Pusat Fidlot Nasional dan bukan NFC.

Salleh berkata, kenyataan kedua-dua mereka yang menggambarkan NFC dalam keadaan tidak tentu hala membimbangkan kerajaan serta masyarakat kewangan dan perniagaan, yang kemudiannya membawa kepada pembekuan dan kemudahan perbankan ditarik balik.

"Kami membuat laporan ekoran Laporan Audit Negara jelas merujuk kepad pusat itu dan bukan NFC.

"AG juga mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara itu," katanya.

Bercakap kepada pemberita, Salleh - yang mengambil masa agak lama untuk menjelaskan perkara ini menegaskan, ia bukan dilakukan sebagai usaha melobi isterinya yang akan bertanding mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan Oktober depan.

Menurutnya, ia lebih kepada penjelasan berkaitan fitnah yang dilakukan oleh dua ahli Parlimen pembangkang.

"Pihak kami telah membuat dua laporan polis berasingan kepada dua ahli Parlimen pembangkang itu.

"Ia tiada kaitan dengan isteri saya, sidang media ini pun dibuat oleh peguam telah tunggu sekian lama.

"Dan kami bagi masa untuk media kaji semula NFC," katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.