HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Ogos 2013

NFC: Penjelasan bukan kerana pemilihan Wanita Umno



Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata siri penjelasannya berhubung projek tersebut tiada kena mengena dengan usaha isterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno.

Salleh berkata Shahrizat tidak pernah terlibat dengan projek berkenaan dalam apa jua cara, dan menegaskan bahawa ia hanya “di antara saya dan anak-anak”.

"Kami menjalankan sesi ini selepas pilihan raya umum supaya kami mendapat lebih banyak masa untuk menjelaskan isu yang dihadapi,” katanya.

“Ketika kedua-duanya (pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli) menimbulkan dakwaan pada 2001, saya dikenakan siasatan hampir setiap hari.

"Biar saya tegaskan bahawa penjelasan ini tiada kena mengena dengan pemilihan beliau (Shahrizat dalam Umno),” kata Salleh.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun lalu turut mendapati bekas menteri kabinet itu tidak terlibat dalam penganugerahan kontrak NFC bernilai jutaan ringgit kepada keluarganya.

Tiada ulasan: