HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Ogos 2013

Orang Asli kecewa Suhakam tidak bentang Inkuiri Nasional ke Parlimen

OLEH DIYANA IBRAHIM

Penduduk di bawah jaringan kampung orang asli Semenanjung Malaysia (JKOSM) melihat buku Laporan Inkuiri Nasional Menganai Hak Tanah Orang Asal/Asli.  Penduduk di bawah jaringan kampung orang asli Semenanjung Malaysia (JKOSM) melihat buku Laporan Inkuiri Nasional Menganai Hak Tanah Orang Asal/Asli. 



















Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOSM) meluahkan kekecewaan berhubung penyerahan Inkuiri Nasional yang dihantar oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan bukannya dibawa ke Parlimen seperti dijanjikan sebelum ini.

Menurut Shafie Idris, aktivis JKOSM menyifatkan ia tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat orang asli yang mahu suara mereka di bawa terus tanpa melalui penglibatan banyak pihak.

"Saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila Suhakam sendiri bersetuju menyerahkan inkuiri ini kepada Senator," kata Shafie kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

 "Ini amat mengecewakan kerana Suhakam adalah dibawah parlimen dan Inkuiri juga harus dibentangkan di parlimen supaya kerajaan benar benar serius tentang usaha mereka menolong memperjuangkan hak orang asli bukan saja melibatkan tentang hak adat tanah kami namun mengiktiraf kami identiti orang asli / orang asal di negara ini," tambah beliau lagi.

Shafie bercakap kepada The Malaysia Insider  selepas sidang media penyerahan Inkuiri Nasional kepada Paul Low  di Institut Intergriti Malaysia, Kuala Lumpur.

"Kita tetap menyokong usaha Suhakam itu namun kita mahu Suhakam melibatkan lebih ramai orang asli dalam inkuiri ini maka barulah ia benar menjamin kedudukan kami," katanya.

Tiada ulasan: