Halaman

Jumaat, 2 Ogos 2013

PAS tentang penggunaan ISA, EO untuk bendung jenayah

 
Berapakah jumlah tahanan ISA sebelum ini adalah kerana pemilikan senjata api secara haram,? tanya Tuan Ibrahim. 



PETALING JAYA: PAS menentang penggunaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) atas alasan peningkatan kadar jenayah, kata Ketua Penrangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kedua-dua undang-undang pencegahan itu telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menambah, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan kembali kerana ia bersifat zalim, mudah disalahgunakan untuk tujuan yang lain serta tidak adil dari sudut Islam.

Polis, sebaliknya perlu menyiasat segala kemungkinan yang menyebabkan senjata api jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, PAS lebih cenderung mempercayai para penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.

Menurutnya, penggunaan ISA dan EO untuk menyelesaikan krisis jenayah tembakan yang semakin berleluasa kerana itu bukan jawapan kepada krisis ini.

“Oleh itu, PAS menggesa semua pihak berkuasa untuk bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara,” tambahnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula ISA yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat saban hari susah diterima.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim bertanya, apakah Shafie mempunyai statistik di tangan ketika membuat kenyataan tersebut?

“Berapakah jumlah tahanan ISA sebelum ini adalah kerana pemilikan senjata api secara haram,? tanya Tuan Ibrahim.

Operasi Lalang 1987

Katanya, rakyat sudah tentu ingat Operasi Lalang 1987 di mana ISA digunakan sewenang-wenangnya pada ahli-ahli politik pembangkang yang tidak melakukan apa-apa jenayah.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor juga menyarankan supaya kerajaan mengembalikan undang-undang tahanan seperti EO.

Beliau berpandangan seperti Shafie dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempercayai dakwaan bahawa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Sebaliknya Tuan Ibrahim berhujah jika benar bekas tahanan EO di belakang jenayah-jenayah berat kebelakangan ini, sudah tentu polis boleh menahan mereka di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen dan melakukan pembunuhan menggunakan senjata api.

Katanya, di bawah akta ini, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati dan penjara seumur hidup.

Oleh itu, tambahnya PAS menggesa semua pihak berkuasa untuk bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.