Peguam pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz
hari ini membidas gesaan oleh kerajaan supaya penjaga anjing tersebut
dipulihkan akhlaknya adalah sebagai suatu yang berniat jahat dan tidak
berasas.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan
memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video
pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.
"Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz yang ketika ini dalam siasatan.
"Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan tidak adil
mereka dan propaganda ke atas Chetz," kata N Surendran dan Latheefa Koya
dalam satu kenyataan media bersama tersebut.
Menurut peguam-peguam Maznah itu, anak guamnya masih belum didapati
bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara
sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asas Maznah
untuk membela diri.
"Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari , Jabatan Perdana Menteri dan
Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.
"Apakah asas Maznah dikritik atas tingkahlakunya? Ini menunjukkan
kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa
Maznah diberi peluang untuk membela dirinya," tegas peguam Maznah lagi.
Surendran dan Latheefa kemudiaan menggesa Maznah supaya menarik balik
kenyataannya dan pada masa sama memberi amaran untuk tidak teragak-agak
mengambil tindakan untuk membela hak anak guamnya.
Maznah baru dibebaskan pada 2 Ogos lalu selepas direman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.
Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya
tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat
naik ke dalam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar
berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai
baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk
sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri
bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan
menunjukkan gambar tiga ekor anjing)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk
bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.