HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Ogos 2013

Pengarah: Tanda Putera filem cereka, bukan sejarah

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
 
















Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba (gambar kanan) mengatakan filem arahannya yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos ini adalah filem cereka dan bukannya filem dokumentari sejarah.

Katanya, semua pihak harus faham filemnya itu merupakan satu interpretasi yang diperolehi dari pelbagai pandangan.
"Saya sudah sunting sedikit adegan (kencing di tiang bendera). Ada perkataan yang telah saya keluarkan.

Adegan itu dilakonkan atas pandangan mereka yang berada di tempat kejadian,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 “Sukar bagi saya untuk membuang babak yang dikatakan sensitif dalam filem itu. Jika mahu ikut pendapat semua pihak maka 20 minit pertama banyak memaparkan insiden 13 Mei sudah tiada. Maka saya harus pertahankan karya saya,” tambah beliau.

Shuhaimi menegaskan, pandangan pihak pembangkang yang terasa berhubung adegan berkenaan adalah satu gimik politik.

"Insiden itu memang berlaku tetapi tiada pihak yang dapat pastikan siapa individu berkenaan,” katanya.
DAP baru-baru ini menggesa pihak produksi Tanda Putera agar mengisytiharkan filem itu sebagai filem cereka.

















Tony Pua berkata adegan membabitkan sekumpulan belia Cina kencing di tiang bendera di kediaman bekas menteri besar Selangor yang dikaitkan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dinafikan sekeras-kerasnya dengan menegaskan elemen dalam filem tersebut boleh mencetuskan ketegangan.

Setiausaha Publisiti DAP itu percaya Tanda Putera tetap akan membangkitkan kemarahan dan ketegangan kaum meskipun ia berdasarkan kisah benar.

Bagaimanapun dakwaan tersebut ditepis Shuhaimi dengan mengatakan adegan kencing tidak ditujukan kepada Lim dalam filem yang berlatar belakangkan 13 Mei 1969 itu.

Tahun lalu, Lim mengutuk tindakan produksi Tanda Putera memuat naik gambarnya ketika ditarik oleh pihak berkuasa dengan meletakkan kapsyen “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor" di laman Facebook rasmi filem itu.

Lim turut membidas kenyataan Shuhaimi yang mempertahan tindakannya itu apabila berkata pihaknya menerima banyak gambar dari umum di mana ia dikongsi di laman Facebook termasuk gambar “kencing” itu.

Pihak produksi bagaimanapun telah mengeluarkan gambar tersebut setelah dikritik ramai.

Shuhami semasa pra tonton filem berkenaan menggesa semua pihak agar memberi peluang kepada filem itu kerana ia menceritakan sejarah negara berdasarkan kisah benar.

Tiada ulasan: