Halaman

Khamis, 1 Ogos 2013

Saman2 NFC tak gugat Rafizi dari terus bersuara

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Tindakan Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh yang mahu mengemukakan satu lagi saman terhadap Rafizi Ramli sama sekali tidak menghalang Pengarah Strategi KEADILAN itu dari terus bersuara.

Rafizi malah menyifatkan langkah itu dendam kesumat Salleh yang tiada berkesudahan dan tidak memberi impak ke atas tekanan supaya beliau menutup mulut berhubung skandal penyelewengan RM250 juta dana NFC.

nfc shahrizat family

“Tindakan itu disebabkan dendam kesumat NFC dan tentunya Salleh bertujuan mahu menyekat saya dari memberi sebarang ulasan mengenai NFC,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Komen saya berlandaskan jawapan Menteri di Parlimen. Setakat ini sudah banyak kes dikemukakan terhadap saya dan dan sehingga kini ia tidak sedikit pun menghalang saya untuk terus bersuara, malah saya pun tak ambil kisah,” tegas Ahli Parlimen Pandan itu.

Salleh pada 26 Julai lalu dilapor akan mengemukakan satu lagi saman ke atas Rafizi berhubung dakwaan mengenai pengambilalihan syarikat itu oleh firma usahasama Malaysia-Jepun, Kirimitonas Agro Sdn Bhd.

Rafizi turut mengingatkan Salleh agar berhenti menggunakan pendekatan ugutan seperti itu kerana akhirnya akan memberi kesan kepada kempen isteri beliau,  Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam usaha mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

“Sebaik-baiknya Salleh menyerahkan urusan mengembalikan dana rakyat itu kepada pihak yang berwajib dan hentikan ugutan kerana dibimbangi kempen isterinya pula akan terjejas,” sinis Rafizi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.