Mengenepikan fakta yang mereka tidak lagi mengekalkan dua pertiga di Parlimen atau hilangnya hormat seperti diterima zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman atau Tun Dr Ismail, namun merasa masih berbisa jika kekal menjadi ahli politik Umno pada hari ini. Ini sebab-sebabnya:
Pertama: Mereka telah bersedia dengan alasan.
Tahun ini tahun pemilihan parti maka rakyat Malaysia perlu memberi mereka ruang yang cukup untuk berhujah serta melakukan kesalahan dan hasutan. Tolong maafkan Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap kebodohan menyalurkan maklumat tidak tepat; ini tahun pemilihan.
Mereka perlu memainkan sentimen kaum dan agama bagi menarik perwakilan Umno dan meraih undi bagi mengekal kuasa dalam Umno. Tiada yang peribadi, rakyat Malaysia telah diberitahu namun di negara lain ahli politik yang ingin mencari undi perlu bercakap dalam bahasa kebangsaan.
Dan dalam Umno, semakin lantang isu disuarakan, semakin popular mereka. Bukan lagi rahsia. Itulah caranya.
Kedua: Beliau tidak perlu berfikir, hanya menurut.
Suatu masa dahulu, ia satu keperluan ahli politik memerah otak memikirkan polisi dan memastikan apa yang dikatakan masuk akal, sekurang-kurangnya menampakkan keberkesanan. Namun tidak lagi.
Ahli politik Umno membenarkan diri mereka dipimpin oleh Utusan Malaysia dan sesiapa sahaja yang mempunyai isu untuk diketengahkan tidak kira perkara mengarut atau tidak masuk akal.
Ia dipanggil sumber luar pemikiran. Beliau tidak perlu berfikir tentang taktik kotor. Di antara Januari dan sekarang, Utusan telah menerbitkan 100 artikel tentang DAP.
Ketiga: Mereka boleh menjadi angkuh, biadap atau berpura-pura lupa - pada bila-bila masa.
Ramai yang menyedari kenyataan Datuk Seri Ali Rustam menuduh pihak pembangkang bertanggungjawab terhadap peningkatan kadar jenayah di Malaysia dengan mendakwa ia disebabkan tekanan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menarik balik Akta Ordinan Darurat (EO).
Namun ini faktanya: Pembangkang tidak meminta EO dilucutkan dari Perlembagaan. Anwar dan rakan-rakannya meminta untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun bukannya EO.
Orang yang bertanggungjawab memansuhkan EO adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Idea berkenaan tercetus sejak beliau mengambil alih tampok pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Kemudian, ada sedikit perasaan di antara ahli politik Umno untuk meraih sokongan penduduk luar bandar dan mendiamkan kelompok kecoh, BN perlu menunjukkan agenda pembaharuannya.
Sudah tentu Najib hanya berandai namun akhirnya beliau memansuhkan ISA dan EO yang kemudiannya cuba berbangga di The Financial Times dan media antarabangsa.
Yang menariknya, tiada pula suara membangkang daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Zahid Hamidi apabila EO dimansuhkan.
Kenapa? Kerana mereka gembira dengan cara keputusan berkenaan dibuat tanpa memikirkan kesan mengembalikan penjenayah tegar di khalayak masyarakat.
Tidak kira cara mana anda melihatnya, hanya satu kumpulan yang bertanggungjawab tehadap pesta jenayah di Malaysia. Tidak benar?
Keempat: Mereka mengharapkan ganjaran meskipun mencatakan rekod buruk.
Anda patut berasa iri hati dengan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Walaupun hampir dua dekad memerintah negeri, beliau tidak mampu mempertahankan kerusi Gelang Patah daripada pendatang baru di Johor, Lim Kit Siang.
Malah beliau dilantik menjadi Pengerusi Sime Darby yang merupakan pelantikan paling berprestij dalam dunia koperat.
Seterusnya, Ali Rustam. Kita tahu beliau kalah di Melaka. Namun sekarang beliau menerajui Permodalan Nasional Berhad, sebuah agensi pelaburan negara.
Kelima: Mereka selalu bergantung kepada media.
Rupa-rupanya, ahli politik Umno tidak pernah tersalah fakta. Mereka sama ada tersalah rujukan, salah faham atau berbicara di luar konteks.
Dan media arus perdana sangat gembira memetik kenyataan ahli politik Umno yang sememangnya mereka tahu apa yang diperkatakannya.
Contoh mudah, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Julai lalu yang menuduh bukan Islam dalang di sebalik video ‘anjing dan aidilfitri’ yang dikatakan telah menghina Islam. Empat hari kemudian, Bernama melaporkan timbalan perdana menteri (TPM) itu tidak merujuk terhadap klip video berkenaan.
Terdapat beberapa kesimpulan yang meragukan jika kita menerima secara langsung laporan Bernama.
Pertama, TPM dan penasihatnya memerlukan beberapa hari untuk memberi penjelasan.
Kedua, jika Muhyiddin tidak merujuk klip video anjing tersebut, apa yang mendorong beliau untuk merujuk hubungan orang Islam dan bukan Islam? Ini turut membimbangkan.
Ini bermakna orang nombor dua dalam negara itu hanya tersedar pada 30 Julai dan hanya memetik sebilangan rakyat Malaysia. Tiada provokasi. Hanya menyuarakan pendapat.
Ya, ini masa terbaik untuk menjadi seorang ahli politik Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.