Empat hari lagi menjelang ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara, semangat mengibarkan Jalur Gemilang ternyata suram.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kenderaan yang lalu-lalang di sekitar ibu kota tidak melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang patriotik, cintakan negara.
Kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama ibu kota seperti di Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang turut dilihat tidak berbuat demikian.
Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, semangat mengibarkan Jalur Gemilang terserlah apabila kebanyakan kenderaan dan kawasan kediaman dihiasi dengan bendera Malaysia, sehingga ada yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai dengan rupa dan bentuk yang pelbagai.
Kebanyakan individu yang ditemui Bernama berhujah semangat patriotik tidak semestinya dizahirkan melalui pengibaran Jalur Gemilang dan ada juga memberi pelbagai alasan yang lain.
Pengurus projek, Mahadi Yusof, 33, berkata beliau tidak menjadikan aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah atau kenderaannya sebagai satu amalan kerana tidak merasakan ia sebagai suatu kewajipan.
"Namun begitu, saya akan pastikan seluruh keluarga pergi ke lokasi sambutan seperti di Dataran Merdeka bagi menunjukkan sokongan.
"Saya juga sering bercerita kepada anak-anak tentang kepayahan pemimpin dan rakyat pada zaman dahulu dalam memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan bebas," katanya.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Sementara itu, penjual bendera dan barangan bertemakan identiti Malaysia di bazar malam di Setapak, Abdul Latif Hasan, 38, berkata pada tahun ini jumlah jualan Jalur Gemilang di gerainya agak mendukacitakan.
"Selalunya jualan bendera boleh mencecah sehingga 2,000 helai sepanjang bulan Ogos, tapi pada tahun ini saya anggarkan baru 20 peratus sahaja yang terjual.
"Kebanyakan yang beli bendera Malaysia di gerai saya ialah pelancong yang mengumpul koleksi bendera," katanya. Beliau menjual bendera untuk kereta dengan harga RM3 dan yang bersaiz besar RM15.
Seorang pelajar kolej swasta, Julia Lee, 21, berkata beliau tidak mengibarkan Jalur Gemilang kerana bimbang dengan tanggapan rakan-rakan bahawa perbuatan itu sebagai ketinggalan zaman.

"Saya pernah letak ‘wallpaper' bendera di telefon bimbit dan kemudian ditertawakan kawan-kawan yang berkata perbuatan saya tidak ‘cool' dan macam budak sekolah," katanya.
Bagi pemilik premis pengangkutan di Selayang, T. Kumaran, 46, beliau telah membeli 10 helai Jalur Gemilang namun merasakan masih terlalu awal untuk dipasang di kedainya.
"Memang sudah beli tapi belum ada masa untuk pasang. Tunggu sehingga sambutan Hari Merdeka baru pasang," katanya.
Sementara itu Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berharap masyarakat negara ini mengenepikan ideologi politik tertentu demi memberi penghormatan kepada sambutan Hari Kemerdekaan.
"Barangkali disebabkan permusuhan politik masih tidak reda, maka dengan itu ramai yang tidak endah untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
"Masyarakat sepatutnya berganding bahu dan bersemangat menyambut Hari Merdeka kerana apabila dilihat oleh dunia luar, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih disanjung tinggi," katanya.
Teo berkata amalan mengibarkan Jalur Gemilang tidak harus hanya apabila tiba Hari Kemerdekaan semata-mata tetapi perlu berterusan untuk memupuk semangat cintakan negara.
Beliau turut memegang kepada pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya', oleh itu semangat cintakan negara dan Jalur Gemilang harus dimulakan sejak di sekolah tadika lagi.
Ia termasuk mengajar kanak-kanak melukis Jalur Gemilang, mengadakan kuiz sejarah serta bercerita mengenai perjuangan pahlawan silam agar pengetahuan itu tersemat dalam jiwa dan ingatan pelajar, katanya. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.