Halaman

Isnin, 5 Ogos 2013

Umno Negeri Sembilan alu-alukan Musa bertanding

 
Lebih ramai pemimpin yang hendak menawarkan diri ke jawtan Naib Presiden adalah lebih baik



SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak agar  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan  berkata  lebih ramai pemimpin yang hendak menawarkan diri ke jawatan Naib Presiden adalah lebih baik.

“Ini kerana ia akan dapat memberikan ahli-ahli Umno banyak pilihan bagi memilih pemimpin untuk menentukan masa depan parti,” kata beliau kepada FMT ketika mengulas cadangan Salleh bahawa Musa adalah calon yang paling layak dari Sabah bertanding jawatan tersebut.

Menurut Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, dengan kepimpinan dinamik Musa, BN Sabah berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu. BN menang 48 kerusi manakala pembangkang menang 12 kerusi sahaja.

Sehingga ini tiga penyandang jawatan telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie Afdal: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Dijangka Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam akan bertanding juga kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.