Setiap negara ada ciri-ciri dan
‘attribute’ politik masing-masing. Ia berbeza diantara satu negara dengan
negara yang lain. Ia mungkin bergantung kepada elemen sejarah yang juga berbeza
diantara satu negara dan jajahan yang lain. Kita terus sahaja kepada keadaan
dan situasi politik negara kita.
Politik negara kita adalah
politik yang agak unik, kerana politik kita dimainkan oleh rakyat yang
berbilang kaum dan struktur asas politik kita adalah di dasarkan kepada sistem
demokrasi yang agak unik kerana ia di ubahsuai mengikut keadaan dan
infra-strukturnya yang berbeza dengan yang lain.
Pertamanya kita adalah sebuah
negara Persekutuan dalam mana ia dianggotai oleh negeri-negeri yang berdaulat
dan merdeka. Ada
empat belas negeri-negeri semuanya di dalam negara kita termasuk Wilayah
Persekutuan yang mana ia ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan itu. Kita
bukannya sebuah negara ‘unitary’ seperti negara Thailand
atau Indonesia.
Negara kita adalah seperti negara
AS dan Australia
dalam mana negara-negara itu mempunyai negeri-negeri di dalamnya yang ditadbir
oleh negeri-negeri itu sendiri. Negeri-negeri dinegara Persekutuan seperti kita
mempunyai Dewan Legislatifnya sendiri serta kerajaan nya sendiri.
Malahan ada negara Persekutuan
seperti AS, mereka mempunyai undang-undangnya yang berbeza diantara satu negeri
dengan negeri yang lain yang berada dalam Persekutuan itu. Malahan diantara
satu negeri dengan negeri dalam Persekutuan itu mempunyai struktur percukaian
yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dalam AS itu.
Selain dari demokrasi, Malaysia
adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbagai kaum dan politiknya
adalah pegangan kuasa oleh orang Melayu. Melayu menjadi nadi politik Malaysia
dan kesemua jenis dan kaedah politik yang terlaksana tidak akan berjaya tanpa
bekerjasama dengan orang Melayu serta partinya. Tanpa sokongan Melayu
mana-mana parti di negara ini tidak akan sampai hajat untuk menjadi pemegang
kuasa kerajaan.
Itu sebabnya parti DAP terpaksa
bekerjasama dengan kumpulan politik Melayu dan memilih PAS sebagai gandingan
untuk menyaingi BN yang ditunjangi oleh UMNO, sebuah parti Melayu terbesar
dinegara ini. DAP terpaksa menelan pahit maungnya dengan menerima PAS sebuah
parti yang terdasar diatas perjuangan Islam.
Walaupun banyak perbezaan diantara
perjuangan dan ‘attribute’ diantara kedua parti itu, mereka terpaksa
bekerjasama diantara satu dengan lain menghadapi BN yang sedang berkuasa sejak
merdeka. Oleh kerana perbezaan diantara kedua-dua parti itu begitu besar maka
kita terdengar acapkali pemimpin kedua-dua parti itu bertelagah diatas beberapa
isu pokok yang diperlukan oleh orang Melayu dan Islam.
Kita mendengar pemimpin kedua-dua
parti telah berlaga 'idea' dan pandangan terhadap beberapa isu seperti isu nama
‘Allah’ yang telah menjadikan PAS terpaksa defensif kerana kenyataan
Setiausaha Agong DAP meminta kerajaan memperakui yang sesiapa dan apa agama
sekali pun dibenarkan menggunakan nama 'Allah’ sebagai nama Tuhan
masing-masing.
Walaupun DAP tahu kenyataan itu
akan membawa bencana kepada ikatan Pakatan Rakyat itu tetapi parti itu masih
menimbulkan isu itu untuk kepentingan individu parti itu. Akhirnya PAS menjadi
mangsa kerana orang Melayu Islam terutamanya diluar-luar bandar tidak dapat
menerima apa yang dituntut oleh DAP itu. Maka PAS menjadi mangsa. PAS yang
dijangka memenangi banyak kerusi akhirnya hanya mampu mendapat 21 kerusi, satu
kerusi kurang dari pilihanraya sebelumnya.
Justeru cita-cita Pakatan Rakyat
gagal untuk mengatasi BN dalam pilihanraya 13 yang lalu dan memilih isu penipuan
kononnya berlaku secara berluas-luasa dalam PRU itu yang dilakukan oleh BN
sebagai isu untuk menutup kekecewaan mereka gagal menempatkan BN dipetak
pembangkang.
Sebelum pilihanraya DAP berkata
yang Pakatan akan memenangi 125 kerusi, 49 DAP, 40 PAS dan selebihnya PKR
untuk mencukupi angka 125 yang parti itu unjurkan. Jika dipandang dari sudut
angka dan berjaya Pakatan untuk menempah 125 kerusi itu, saya berpendapat UMNO
akan tetap menjadi sebuah parti yang akan menang kerusi yang terbanyak walaupun
kemungkinan BN itu kalah dalam PRU itu.
Akhirnya jangkaan saya dan ramai
yang lain ternyata benar dan UMNO telah mendapat 89 kerusi. Seandainya
parti-parti lain dalam BN menghadapi kekalahan UMNO tetap mempunyai
kerusi
terbanyak dalam Parlimen. Bagaimana mungkin Pakatan boleh menubuhkan
kerajaan dalam 'procedure' pembentukan kerajaan parti yang terbesar akan
diberikan keistimewaan untuk membentuk kerajaan dengan bekerjasama
dengan
mana-mana pihak yang memenangi PRU itu.
Dalam keadaan itu jika UMNO bekerjasama
dengan PAS maka akan berlaku kerajaan campuran diantara UMNO dengan PAS yang
mencukupi bilangan untuk membentuk kerajaan. Jika UMNO memilih untuk berunding
dengan PKR maka kerajaan tajaan UMNO itu akan menubuhkan kerajaan campuran
dengan PKR. Begitu juga jika UMNO bekerjasama dengan DAP.
Pendeknya UMNO tetap parti
penting dalam usaha menubuhkan kerajaan alternatif itu. Itu sebabnya adalah
tidak adil jika UMNO tidak mahu atau tidak tahu bagaimana hendak memperbaiki
parti itu agar tidak ada pihak yang tertekan semata-mata kerana kepentingannya
dalam politik negara.
Itu sebab saya pernah berkata
yang DAP serta PKR akan hanya menjadi parti pembangkang yang baik buat beberapa
lama lagi. Sememangnya keadaan ini adalah kebenaran. Sememangnya parti-parti DAP dan
PKR itu selayaknya menjadi pembangkang yang baik dan ia akan memakan masa yang
agak lama untuk berkelayakan untuk menjadi parti pemerintah.
Kita mesti menjadi pihak yang
boleh melakukan tanggungjawab dengan baik, dan jika menjadi pembangkang itu menjadi
tugasan yang baik mereka lakukan maka jadilah pembangkang sampai bila-bila atau
sampai berkelayakan untuk menjadi pembangkang. Sememangnya banyak terjadi
dimana mereka menjadi pembangkang yang baik tetapi apabila menjadi kerajaan ia
bertukar menjadi pentadbir yang buruk dan tidak sebaik semasa mereka menjadi
pembangkang.
Sememangnya setengah dari
pemimpin dan parti itu hanya ‘effective’ sebagai pembangkang sahaja. ‘They are
very good servants but bad masters’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.