Halaman

Sabtu, 24 Ogos 2013

Zaid: Shabery politikkan isu patriotisme



 
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mewujudkan undang-undang mewajibkan Jalur Gemilang dikibar sewaktu bulan Kemerdekaan, sebagai mempolitikkan isu patriotisme.

"Di Amerika Syarikat pada tahun 1970, semua orang membantah perang Vietnam dan membakar bendera negara mereka sendiri dan juga gambar presidennya.

NONE"Di sini, rakyatnya taat setia tetapi kerana mereka mahu
mempolitikkannya, maka mereka melabelkan satu kumpulan sebagai tidak taat setia dan entah bagaimana, jika mereka mengibarkan bendera itu, maka mereka menjadi orang yang taat setia," kata Zaid (kiri) di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-7.

Tambahnya, jika dengan hanya mengibarkan bendera maka ia akan membuat seseorang lebih setia, maka kerajaan tentunya telah melakukannya lama dahulu.

Zaid, yang menjawab soalan daripada pelajar, berkata, selain 'patriotisme policing', beliau juga tidak bersetuju dengan 'moral policing'.

Menurutnya, undang-undang moral cenderung memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah manakala golongan atasan dapat melepaskan diri.

"Ambil khalwat sebagai contohnya, lelaki yang miskin pergi ke sebuah hotel murah dan ditangkap tetapi lelaki yang kaya pergi ke hotel lima bintang, maka siapa yang akan menangkapnya?

"Ini adalah tidak adil, lagi kurang 'moral policing' adalah lebih baik," katanya.

Beliau menambah bahawa moraliti tidak boleh ditakrifkan secara yang jelas dan oleh itu boleh terdedah kepada penyalahgunaan.

Zaid yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim liberal berkata tidak apa yang harus dimalukan bagi seseorang Muslim menggelarkan dirinya sedemikian.

Ditanya mengenai Perkara 121 (a) Perlembagaan Persekutuan, satu pindaan yang mengatakan bahawa mahkamah syariah mempunyai hak eksklusif ke atas bidangkuasanya, Zaid berkata ini tidak bermakna ia setaraf dengan mahkamah sivil.

"Ia (mahkamah syariah) adalah 'creature' perlembagaan negeri, jadi bagaimana mereka boleh menjadi setaraf atau lebih tinggi daripada mahkamah sivil yang merupakan 'creature' perlembagaan persekutuan?" katanya.

Dengan mengambilkira sejak pindaan tersebut dibuat, terdapat beberapa isu undang-undang mengenai penukaran agama, Zaid berkata, undang-undang itu bukanlah punca masalah.

Menurutnya, mahkamah sivil masih tinggi tetapi hakim-hakim takut untuk menangani isu itu, dan oleh itu, mereka berbalik kepada artikel rersebut sebagai alasan.

"Tetapi artikel itu tidak meletakkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.