Halaman

Selasa, 24 September 2013

Lim: PKR silap letak calon di Balik Pulau

 


 

Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum lalu kerana PKR meletakkan calon "tidak sesuai", kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

azlanLim berkata sepatutnya gabungan pembangkang itu menang di kerusi tersebut sekaligus berharap PKR tidak mengulangi kesilapan itu pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dalam sebuah forum bertajuk ‘What's next after 505?' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, malam tadi.

PKR Pulau Pinang mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar Wan Chik untuk menggantikan penyandangnya Mohd Yusmadi Yusof.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, Datuk Hilmi Yahya menang dengan majoriti 1,539 undi, dan kemudiannya beliau dilantik menjadi timbalan menteri kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.