KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Calon yang bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober depan tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi.
Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri.
Menurutnya, Badan Perhubungan Umno Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober.
"Calon tak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan Umno.
"Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Tambahnya, calon yang bertanding juga tidak boleh menganjurkan sebarang
perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis membabitkan
ahli-ahli kecuali yang telah ditetapkan Ibu Pejabat Umno atau
Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri.
Megat Najmuddin juga berkata, peraturan pemilihan Umno bagi kali ini juga tidak mempunyai perubahan dari segi tata etika dikeluarkan pada 15 Julai lepas.
"Tidak ada perubahan tata etika untuk pemilihan kali ini.
"....tapi tak boleh berkempen secara melulu ataupun membuat fitnah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.