SUBANG JAYA: Sesi permukiman Exco Negeri Selangor di Bangkok tidak ada
kaitan dengan kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin
Peng, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Permukiman itu, katanya, adalah sesi perbincangan merangka pelan
tindakan lima tahun bagi melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13
Pakatan Rakyat, selain merisik pelabur penting dari Thailand, Central
Group (CPN) dan mengenal pasti teknologi Industrialized Building System
(IBS) untuk membantu pembinaan rumah mampu milik di Selangor.
Khalid memberitahu pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2014 di
sini hari ini, pihaknya mendapat keizinan Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September
lalu.
“Saya tidak tahu siapa akan meninggal dunia pada Hari Malaysia,” katanya.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok pada 16 September pada usia 88 tahun.
Beliau melancarkan perang gerila menentang penjajah British, dan
kemudian memerangi kerajaan Malaysia untuk menubuhkan pemerintahan
komunis sehingga perjanjian damai dimeterai antara kedua-dua pihak pada
1989.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.