Halaman

Rabu, 25 September 2013

“SB laporkan kepada saya, bukan menteri,” kata KPN

OLEH MUZLIZA MUSTAFA






























Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini menafikan tuduhan polis cawangan khas (SB) adalah alat kerajaan untuk memantau aktiviti pembangkang.

“SB adalah sebahagian daripada polis dan mereka melaporkan kepada pegawai lebih tinggi dan orang itu adalah saya. Bukan kepada ketua menteri,” katanya.

Khalid mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata semalam bahawa bekas ketua menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menerima laporan penuh SB tetapi beliau dinafikan haknya oleh polis.


“Bekas ketua menteri tidak pernah mempunyai akses dan SB tidak memberikan laporan kepada menteri atau ketua menteri,” katanya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu SB menyediakan laporan prestasi wakil rakyat dan penglibatan mereka semasa pilihan raya, seperti didedahkan bekas exco negeri Pulau Pinang, Toh Kin Woon dalam Tribunal Rakyat anjuran Bersih.

Lim berkata, SB tidak pernah menyediakan sebarang laporan kepada beliau sejak memegang jawatan pada 2008 meskipun beliau mengadakan mesyuarat bulanan Majlis Perundingan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri Pulau Pinang (MPKKANPP) bersama ketua polis negeri.

“Mesyuarat saya bersama ketua polis negeri, hanya membincangkan masalah jenayah dan tiada sebarang maklum balas dari Unit Cawangan Khas dan polis mengenai akses maklumat prestasi wakil rakyat atau kawasan yang memerlukan perhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.