Halaman

Selasa, 24 September 2013

Star Sabah 'tutup kedai' ekoran keputusan ROS


 


 

Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah nampaknya harus "tutup kedai" ekoran penolakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan perlembagaan penting untuk parti asal Sarawak itu, kata bekas pemimpinnya Daniel Jambun (bawah).

NONE"ROS tidak menerima pindaan dan ekoran itu hanya orang Sarawak yang boleh menjadi anggota dan memegang jawatan dalam Star. Tiada sebab lagi untuk kami kekal dalam Star," kata Jambun.

"Star Sabah harus ditutup, dan semua anggota jawatankuasa, termasuk pengerusi Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan dijangka akan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang didaftarkan baru-baru ini."

Jambun ditanya Malaysiakini berhubung cakap-cakap bahawa Kitingan akan "melompat" selepas mempunyai perbezaan pendapat dengan presiden pengasas Star Dr Patau Rubis dalam isu pengeluaran dana parti dalam pilihan raya umum lalu.

Calon-calon Star mendakwa, dalam pilihan raya itu, mereka gagal menerima dana kempen walaupun RM3 juta telah diberikan oleh ibu pejabat parti itu.

"Beliau tidak berundur dari Star atas sebab itu," kata Jambun.

"Dr Jeffrey tidak lompat dari Star kepada PCS. Ia kerana Star Sabah akan dibubarkan dan semua anggota jawatankuasa termasuk Dr Jeffrey akan menyertai PCS."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.