![]() |
Sudah lama memerintah, 56 tahun. Umno-BN sememangnya telah lanjut usia dan sudah hampir menemui ajalnya. Bagi kebanyakan rakyat, Umno-BN sudah tidak relevan lagi. Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba turut mengakui Umno sudah tua dan sudah hendak mati. Banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN semakin ditolak rakyat.
Antaranya
termasuklah kegagalannya membasmi rasuah dan penyelewengan yang
semakin berleluasa, sehingga menyebabkan rakyat tidak lagi yakin Umno
mmapu membawa negara ke mercu kegemilangan. Ikuti pandangan Ketua
Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh
ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 18 September
lalu.
WARTAWAN: Betulkah Umno kini sudah lanjut usia, sudah nak mati macam dakwaan Dr Mahathir Mohamad?
USTAZ NIK ZAWAWI: Memang betul apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu. Umno memang sudah lanjut usia dan sudah hendak mati. Kalau kita tengok mana-mana parti pokitik pun dalam dunia ini, sesebuah parti politik itu hanya dapat memerintah negara paling lama 40 hingga 50 tahun. Bahkan banyak parti-parti politik hanya berumur 20 hingga 30 tahun sahaja. Berdasarkan realiti itu sahaja pun sudah jelas menunjukkan Umno memang sudah lanjut usia dan sudah berada di penghujungnya. Jadi itu adalah pengakuan yang sangat tepat daripada Tun Dr Mahathir.
WARTAWAN: Betulkah Umno kini sudah lanjut usia, sudah nak mati macam dakwaan Dr Mahathir Mohamad?
USTAZ NIK ZAWAWI: Memang betul apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu. Umno memang sudah lanjut usia dan sudah hendak mati. Kalau kita tengok mana-mana parti pokitik pun dalam dunia ini, sesebuah parti politik itu hanya dapat memerintah negara paling lama 40 hingga 50 tahun. Bahkan banyak parti-parti politik hanya berumur 20 hingga 30 tahun sahaja. Berdasarkan realiti itu sahaja pun sudah jelas menunjukkan Umno memang sudah lanjut usia dan sudah berada di penghujungnya. Jadi itu adalah pengakuan yang sangat tepat daripada Tun Dr Mahathir.
Selain itu, pengakuan Tun Dr Mahathir itu turut berkait dengan pengalamannya sendiri. Sebagai orang paling lama mentadbir negara, Mahathir sendiri sudah tahu, Umno memang sudah semakin ditolak oleh rakyat. Kini zaman Dato' Seri Najib Tun Razak memang sudah boleh disebut zaman penghujung Umno.
Malah kenyataan-kenyataan Najib sendiri pun sekarang menggambarkan seolah-olah Najib hendak menutup apa yang berlaku dalam negara. Sebaliknya, dia hendak menjadikan rakyat sebagai aset yang boleh ditipu, tetapi apa yang diingininya itu tak berlaku.
Contohnya, menjelang PRU13 lalu, Najib berjanji tidak akan naikkan harga minyak dan harga barangan keperluan utama rakyat, tetapi selepas pilihanraya dan Umno-BN dapat memerintah lagi, harga minyak telah dinaikkan. Ini pasti akan diiringi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan utama rakyat. Sekarang nilai mata wang negara kita juga turut merudum. Ini semua adalah bukti kegagalan Umno-BN. Ini adalah gambaran yang jelas bahawa Umno sekarang memang sudah berada di penghujung.
Maknanya Umno sudah tidak relevan lagi sekarang?
Jadi apa yang disebut oleh Mahathir, Umno sudah lanjut usia dan sudah hendak mati itu membuktikan Mahathir sendiri juga sudah tahu realiti itu. Mahathir sendiri sudah nampak apa yang akan berlaku ke atas Umno sekarang. Umno memang sudah semakin ditolak oleh rakyat, terutama oleh generasi muda.
Umno memang sudah tak relevan lagi sekarang. Segala tindak tanduk yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam Umno itu sememangnya dilihat oleh generasi muda. Dalam masa yang sama, generasi muda juga turut melihat pencapaian Umno yang sangat meleset.
Generasi muda pasti memerlukan pemimpin yang telus dan bertanggungjawab serta sebuah kerajaan yang boleh diharapkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Mereka pasti akan mencari parti alternatif untuk menggantikan Umno-BN.
Parti alternatif yang dilihat oleh mereka itu tentulah PAS kerana di negara kita, hanya ada dua parti sahaja yang menjadi parti utama atau yang terbesar, iaitu selain Umno adalah PAS. Parti-parti selain Umno dan PAS bukanlah parti yang utama. Pemimpin-pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab dan intelektual juga sebenarnya ada dalam PAS, bukannya dalam Umno.
PAS tadbir Kelantan, Terengganu, Kedah, sangat membanggakan...
Walaupun berbagai-bagai halangan dilakukan termasuk dari segi ekonomi, kita tetap mampu mentadbir negeri dengan baik. Pencapaian negeri-negeri yang diperintah oleh kita dari segi ekonomi cukup membanggakan. Rakyat tengok negeri-negeri yang diperintah oleh PAS stabil.
Mahathir lihat generasi muda akan beralih. Generasi muda akan tingallkan Umno-BN. Apa yang disebut oleh Mahathir adalah satu realiti dan ia mempunyai seribu satu makna yang tersirat. Pemimpin-pemimpin Umno kena terima hakikat ini. Kita mahu rakyat pilih PAS untuk membina masa depan negara.
Mahathir sudah nampak demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita akan menyebabkan rakyat tinggalkan Umno-BN. Tapi dalam masa yang sama, mereka langgar demokrasi di negara kita. Tindakan mereka itu tak boleh diterima oleh cerdik pandai dan generasi muda.
Generasi muda sendiri lihat tindakan Umno penuh dengan kekejaman. Mereka nafikan royalti petroleum kepada kerajaan PAS Kelantan. Projek-projek yang sepatutnya diagihkan kepada kerajaan PAS Kelantan dinafikan. Kakitangan awam yang menyokong PAS atau pembangkang ditukar ke tempat lain, malah ada yang dipecat.
Contohnya ketika pilihanraya kecil Dun di Kuala Besut baru-baru ini. Ini menggambarklan Umno sudah di hujung hayat. Tindakan mereka itu menggambarkan sikap seseorang yang hilang punca. Mereka bagaikan cacing di tengah panas, menggelupur tak tentu pasal. Ini contoh jelas di hadapan kita, hayat Umno sudah di penghujung.
Sebelum ini Mahathir juga ada sebut Umno busuk sampai ke usus. Ini membuktikan betapa buruknya kelaku Umno.
Apa yang disebut oleh Mahathir bahawa Umno busuk sampai ke usus itu dirujuk kepada isu penyelewengan dan rasuah. Isu rasuah yang melanda negara kita sekarang sangat parah. Sebab itu pembangunan di negara kita terbantut.
Apa-apa projek pembangunan sebenarnya banyak yang baik, tapi di tengah jalan berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Projek RM1 biliion menjadi RM1.5 bilion, RM2 biliion, malah lebih.
Rasuah berlaku dengan berleluasa daripada peringkat pemimpin tertinggi turun ke akar umbi. Benda ini orang nampak. Sebab itu Umno dikatakan busuk sampai ke usus. Ini salah satu faktor masyarakat menolak Umno. Mereka hendak cari parti alternatif yang lebih baik. Parti alternatif yang dicari oleh mereka itu tentulah PAS.
Umno melaungkan mereka perjuangkan kepentingan Melayu, tetapi hakikatnya tidak begitu...
Apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Umno bukan sahaja perjuangan bagi bangsa Melayu, tetapi mereka juga melaungkan isu memerangi rasuah. Namun dalam masa yang sama, mereka juga adalah juara rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Mereka juga mengatakan mereka berjuang untuk mendekatkan jurang pencapaian ekonomi orang Melayu dengan bangsa lain, tetapi di manakah duduknya semua itu?
Sebaliknya, Umno sebenarnya amat kejam kepada orang Melayu. Mereka
bertindak amat zalim kepada kerajaan PAS Kelantan dengam menafikan hak
royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Mereka juga menyekat
projek-projek ke Kelantan, padahal lebih 90 rakyat Kelantan orang
Melayu. Tindakan-tindakan-tindakan kejam dan zalim yang dibuat oleh
Umno itu adalah atas orang-orang melayu. Mereka juga bertindak zalim
kepada PAS dan orang-orang Melayu dari KeADILan, padahal mereka
sama-sama Melayu.
Untuk sembunyikan kelemahan dan kejahatan Umno, mereka salahkan pembangkang sehingga disebarkan pelbagai fitnah terhadap para pemimpin PAS. Daripada perspektif Islam macam mana?
Menyebarkan fitnah yang dilakukan oleh ortang-orang jahat kepada orang-orang baik itu sebenarnya adalah sunnah alam. Ia berlaku sejak awal, sejak zaman nabi lagi. Firaun salahkan Nbi Musa, Namrud salahkan Nabi Ibrahim, masyarakat jahiliiah di Mekah seperti Abu Lahad dan Abu Jahal setelah gagal menyekat kebangkitan Islam menuduh Nabi dengan berbagai tuduhan.
Untuk sembunyikan kelemahan dan kejahatan Umno, mereka salahkan pembangkang sehingga disebarkan pelbagai fitnah terhadap para pemimpin PAS. Daripada perspektif Islam macam mana?
Menyebarkan fitnah yang dilakukan oleh ortang-orang jahat kepada orang-orang baik itu sebenarnya adalah sunnah alam. Ia berlaku sejak awal, sejak zaman nabi lagi. Firaun salahkan Nbi Musa, Namrud salahkan Nabi Ibrahim, masyarakat jahiliiah di Mekah seperti Abu Lahad dan Abu Jahal setelah gagal menyekat kebangkitan Islam menuduh Nabi dengan berbagai tuduhan.
Di negara kita, setelah Umno gagal menyekat kebangkitan PAS atau pembangkang, mereka menuduh pembangkang dengan berbagai-bagai tuduhan. Tetapi dalam isu ekonomi, pendidikan dan sebagainya, kegagalan mereka itu sebenarnya bukan kerana pembangkang.
Sebaliknya pembangkang telah memberikan sumbangan yang besar. Pensyarah-pensyarah daripada pembangkang telah memberikan sumbangan yang jauh lebih besar bagi pencapaian pendidikan di negara kita berbanding pensyarah-pensyarah daripada Umno-BN.
Saya sendiri turut terlibat dengan sumbangan pendidikan di universiti. Dari peniliaian yang saya buat, saya dapati pensyarah-pensyarah daripada Umno-BN tak mampu pun buat sumbangan akedemik kepada universiti, tetapi pensyarah-pensyarah daripada PAS yang kita tahu sememangnya melaksanakan tugas itu dengan sangat baik.
PAS lebih menyumbang berbanding Umno?
Ini jelas membuktikan kita daripada PAS telah memberikan sumbangan yang cukuup banyak bagi pembangunna negara, kalau mereka menuduh kita yang menjadi punca kegagalan itu adalah perkara biasa. Kalau tak mereka yang menuduh kita siapa lagi?
Tapi realitinya tak macam tu. Kegagalan itu adalah kerana Umno-BN. Ini termasuklah juga kegagalan mereka dalam menarik pelabur asng kerana pengurusan kerajaan yang sagat lemah. Jadi kegagalan negara kita ini sebenarnya adalah kegagalan kepimpinan BN.
Soal mereka menuduh pembangkang itu adalah perkara biasa. Ini berlaku zaman berzaman. Mereka menuduh pembangkang yang ttak betul, sedangkan yang kita tentang adalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tentu tidak keterlaluan jika dikatakan selagi Umno-BN yang memerintah, orang Melayu akan terus mundur?
Dalam kontek negara kita, saya bercakap atas kajian-kajian di universiti, berkaitan tesis-tesis yang kita buat di peringkat master dan PhD berkaitan dakwah di negara kita. Mereka yang terbabit dan daripada Umno-BN tak mampu lagi membaiki segala kepincangan yang berlaku.
Ini membuktikan Umno-BN dah tak mampu lagi mengatasi kegala kelemahan itu. Sebab itulah rakyat perlu menukar kerajaan daripa kerajaan yang tak baik kepada kerajaan yang baik. Malah menukar kerajaan yang tak baik kepada kerajaan yang baik, dinamik dan cekap itu adalah kewajipan. Kewajipan atas agama dan percakapan biasa.
Daripada segi adab pun wajib tukar kerajaan yang tak baik kepada kerajaan yang baik. Kalau tak tukar akan berlarutanlah negara ini berada di bawah pemerintahan yang tak baik.
Sebenarnya kalau Umno hendak berubah, sudah lama Umno berubah. Sekarang Umno sudah macam telur di hujung tanduk, tapi tak juga berubah. Ini menunjukkan mereka tak akan berubah sebab mereka sudah tak mahu diubah. Malah mereka telah diulit dengan rasuah dan penyelewengan.
Orang yang masuk Umno pun sekarang hanya hendak mencari makan. Kalau tak boleh cari makan, mereka akan keluar beramai-ramai. Umno memang sudah tak boleh dibaiki lagi. Itulah sebab tindakan menukar kerajaan di negara kita sekarang sudah sampai kepada ketetapan kepada wajib dari segi agama dan wajib dari segi percakapan serta adab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.