Halaman

Khamis, 24 Oktober 2013

MP: Noh mesti tarik balik dakwaan isu Ops Lalang


MALAYSIA KINI
 
 
 
MP Seputeh Teresa Kok menuntut MP Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar menarik balik kenyataannya di Parlimen semalam berhubung undang-undang ISA yang didakwa membolehkan Malaysia aman pada 1987 ketika “orang bukan Melayu mempersoalkan hak orang Melayu”.

MP DAP itu berkata, Noh Omar perlu menarik balik kenyataan yang “tidak adil dan tidak benar” itu dan memohon maaf kepada individu yang “menderita” akibat Operasi Lalang 1987.

"Dai perlu tahun bahawa ketegangan kaum dicipta kerana ada orang merebut kuasa dalam Umno”.

Beliau berkata, seramai 106 orang ditahan dan anggota keluarga masing-maisng menderita apabila lesen akhbar ditarik balik dalam Operasi Lalang 1987 dan ramai wartawan kehilangan mata pencarian akibat operasi tersebut.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut ditahan selama 18 bulan dalam operasi tersebut sebelum ini berkata ketegangan kaum pada masa itu timbul akibat perseteruan antara dua puak dalam Umno – salah satunya diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Kok berkata, Noh sengaja menghina bekas tahanan tersebut dengan tidak menyatakan perkara sebenar.

Beliau mendakwa, Noh sengaja tidak menyebut mengenai insiden tertentu semasa perhimpunan Pemuda Umno di Stadium Jalan Raja Muda di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1987.

Kain rentang yang dibawa dalam perhimpunan tersebut antara lainnya didakwa membawa slogan “13 Mei sudah bermula” dan “Mandikan (keris) dengan darah Cina”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.