Halaman

Khamis, 24 Oktober 2013

PM digesa cairkan aset NFC untuk membayar pinjaman

Oleh YISWAREE PALANSAMY



















 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mencairkan asset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk membayar semula dana sebanyak RM250 juta yang diberi oleh kerajaan untuk projek penternakan lembu, kata  seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang) berkata ini adalah satu-satunya cara untuk mempastikan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya bertanggungjawab atas penyalahgunaan dana itu.

Ahli keluarga Shahrizat , yang juga adalah pengarah NFC, dikatakan telah membelanjakan pemberian projek itu ke atas perkara yang langsung tiada kaitan dengan perniagaan pertanian, sebaliknya membelanjakannya ke atas kereta-kereta mewah dan melancong.

 Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan , mengumumkan bahawa jangkaan RM250 juta hutang pengambilalihan NFC oleh konglomerat Jepun dibatalkan. Beliau berkata kerajaan dan Kirimitonas Agro Sdn Bhd tidak dapat mencapai persetujuan ke atasnya.

Dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (PKR - Petaling Jaya Utara), Najib berkata pengambilalihan itu adalah untuk memastikan projek itu terus beroperasi untuk mencapai objektif memenuhi bekalan daging negara.

"Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan (dan) rundingan telah berakhir," kata Najib yang menambah bahawa syarikat itu telah dipilih kerana ia bersetuju untuk menyuntik modal sebanyak RM20 juta untuk memulihkan projek ternakan lembu.

Zuraida berkata tahap kontroversi yang ditunjukkan oleh masyarakat menunjukkan bahawa Malaysia memerlukan tadbir urus yang telus.

"Kirimitonas akan bermula dengan lebih baik tanpa tanpa sebarang bebanan ," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.