Halaman

Khamis, 14 November 2013

Dewan Rakyat lulus usul gantung Surendran

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Post Pic



KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee hari ini telah meluluskan usul penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N Surendran.

Penggantungan ini ekoran Naib Presiden PKR itu membuat kenyataan dalam sidang media di lobi Parlimen pada 12 Oktober yang dianggap menghina Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali gus mencemar nama baik Dewan Rakyat.

Kenyataan yang menuduh Speaker Dewan memberikatan fakta yang tidak benar dan juga menyifatkan speaker sebagai 'Speaker yang bias'.

"Kenyataan itu merupakan satu tuduhan ke atas Tuan Yang di-Pertua Dewan Raktat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 19(1) pada 12 November 2013.

"Tuduhan itu menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat antara lain memberikan fakta yang 'complete and utter lies' (fakta yang tidak benar) dan Yang Berhormat Padang Serai juga membuat tuduhan bahawa Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah 'Speaker yang bias'," menurut usul Dewan Rakyat itu.

Terdahulu sidang dewan kecoh ketika usul menggantung Surendran dibacakan.

Dewan hari ini membicarakan usul bagi menggantungkan Surendran ekoran kenyataannya semalam yang mengecam speaker.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

"Usul haram...usul haram...usul haram...kami bantah usul haram...tarik balik usul...

"Usul haram...Surendran tidak bersalah, yang bersalah Speaker yang berat sebelah...tarik balik kenyataan," jerit ahli Parlimen Pakatan semasa usul berkenaan dibacakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.