Datuk Ibrahim Ali menggesa pengundi di Dewan Undan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, ini penting dalam usaha memastikan Mukhriz mampu membawa kemajuan di kawasan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
Ibrahim turut menasihatkan pengundi di Sungai Limau supaya tidak terpedaya dengan mainan politik PAS yang hilang arah dalam perjuangan Islamnya kerana 'menyerah jiwa raga politik' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
''Suatu ketika rakyat Kedah hanya kenyang dengan retorik politik PAS, mereka tidak mendapat apa-apa pun sama seperti rakyat Kelantan bagaikan menang sorak kampung tergadai. Masa berlalu dengan cepat dan pantas, orang Melayu terus berpecah belah dan DAP bertepuk tangan.
''Oleh itu, pengundi Melayu di Sungai Limau wajib tampil membantu membetulkan situasi buruk ini demi survival dan kemajuan umat Islam dengan memberi sokongan dan undi kepada calon BN," katanya dipetik daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Katanya, tindakan mengundi PAS tidak membawa apa-apa faedah kecuali meneruskan tradisi perpecahan sesama umat Islam.
''Wajarlah dimulakan perpaduan umat Islam di Sungai Limau dan sama-sama berusaha membangun ke arah kehidupan yang lebih maju dan harmoni atas semangat silaturahim.
''Mukhriz adalah pemimpin yang dilihat tidak gelojoh, berpendidikan, tidak ego dan ada kewibawaan serta mewarisi disiplin Dr Mahathir," katanya merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan ayah kepada Mukhriz.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas wakil rakyatnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.
Azizan adalah penyandang kerusi DUN itu sejak pilihan raya umum 1995.
Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN, Ahmad Sohaimi dengan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat. Hari membuang undi adalah pada 4 November.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.