Mimbar Jumaat hari ini menyeru semua umat Islam agar jihad menentang virus Syiah yang kian berleluasa di Malaysia.

Menurut khubah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), umat Islam perlu beringat terhadap ajaran itu dan mencegahnya sebelum parah.

azlan"Sebagai umat Islam, (kita) berkewajipan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama di tempat masing-masing, jika mengesyaki, menyedari atau melihat sendiri terdapat mana-mana pihak yang menyebarkan ajaran Syiah yang sesat ini

"Ingatklah bahawa sebarang usaha ke arah membendung ajaran sebegini adalah termasuk dalam erti kata 'jihad' kerana mempertahankan kesucian ajaran agama Islam...," teks khutbah itu dipetik.

Khutbah itu juga mengingatkan umat Islam kepada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai ajaran itu pada 1996 bahawa umat Islam hendaklah menuruti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

Menyentuh situasi semasa, mimbar memaklumkan, ajaran Syiah akhir-akhir ini semakin meruncing di negara ini, terutamanya daripada mazhab Imamiah Ithna ‘Asyariyyah (Ja'fariyyah).
Selain tersebar di kalangan golongan berpendidikan tinggi, berlaku juga penyebaran kitab-kitab utama Syiah dalam bahasa Melayu ke seluruh pelosok tempat.

Antara pegangan Syiah, menurut khutbah itu, mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa, mengharuskan meliwat dan mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.