Halaman

Khamis, 21 November 2013

'Lawatan Rosmah jemputan peribadi, TPM lulus guna jet'

 

 
VIDEO l 6:48 minit 


dikemaskini Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor semasa satu sidang kemuncak wanita di Qatar, di mana isteri perdana menteri mengguna jet peribadi, mengakui bahawa jemputan untuk menghadiri sidang kemuncak itu disampaikan kepada Rosmah atas kapasiti peribadinya dan bukan kepada kerajaan.

kuala terengganu by election bn launching machinery 050109 azalina 1Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Azalina (kiri) juga menaiki jet peribadi bersama Rosmah.

Jemputan itu dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi, jelas Azalina sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah petang tadi.

Bagaimanapun, tegas Azalina, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukan suami Rosmah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Azalina lagi, bukan Rosmah sahaja tetapi terdapat juga pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan media dan NGO. Beliau bagaimanapun tidak juga menyebut sama ada yang lainnya turut menaiki pesawat tersebut

Azalina juga mempertahankan penggunaan jet peribadi itu dengan mendakwa bahawa majlis itu ialah satu kejayaan dan pembangkang cuba untuk menafikan kejayaan ahli politik BN dan isteri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.