Halaman

Ahad, 3 November 2013

MB: Kuota MCA dalam Exco Kedah kekal

MALAYSIA KINI
 
 
 
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata ADUN Gurun Dr Leong Yong Kong akan dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri bagi memenuhi kuota sebagai satu-satunya wakil MCA dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, kuota satu jawatan Exco bagi MCA itu kekal dan Leong akan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 18 November.

“Sebenarnya kekosongan ini untuk tujuan pelantikan wakil rakyat MCA cuma satu, dari dahulu kita simpan untuk wakil rakyat daripada CMA dan ini yang mahu kita isi sekarang,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa parti tersebut akan melobi untuk mendapatkan jawatan tambahan dalam Exco Kedah.

Pelantikan itu susulan keputusan terbaru EGM MCA yang membenarkan anggota parti memegang jawatan kerajaan.|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.