NORHAYATI UMOR
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasanya dengan senjata api.

Beliau berkata, cadangan itu bukan merupakan langkah terbaik untuk menangani jenayah dan menjaga keselamatan.
Sebaliknya, beliau menegaskan kadar jenayah yang semakin meningkat itu berpunca daripada kegagalan polisi dan kelemahan penguatkuasa.
Beliau berpendapat langkah membekalkan senjata api itu akan memburukkan lagi keadaan.
“Penelitian mendalam perlu dilakukan untuk membekalkan senjata api kepada agensi kerajaan.
“Bila ia akan berakhir? Pegawai daripada Jabatan Kastam sudah ditembak sebulan lalu, adakah ini bermakna semua orang perlu dibekalkan dengan senjata api?” soalnya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, di sini.
Rafizi yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR, turut mengaitkan insiden April lalu di mana Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya.
“Selepas ini kita mungkin ada kes pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri pula ditembak kerana mengutip cukai. Adakah senjata api juga akan dibekalkan?”, katanya.
Malah, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN), adalah agensi yang perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan awam terjamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.