THE MALAYSIAN INSIDER
Polis memasang kamera litar tertutup di lima kawasan 'panas' untuk memastikan pemantauan berkesan dan tindakan pantas polis jika berlaku kejadian tidak diingini semasa proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis juga menempatkan anggota dan pegawai di kesemua 17 pusat pengundian dan penjumlahan undi.
Anggota kita sudah memulakan tugas seawal 6.30 pagi tadi bagi menjaga keselamatan termasuk mengawal aliran trafik, katanya dalam sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini.
Beliau berkata bagi PRK DUN Sungai Limau ini, polis Kedah menambah bilangan anggota bertugas di situ sebanyak empat kali ganda berbanding ketika pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.
PRK DUN Sungai Limau hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.