MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Holdings Berhad
mengambil inisiatif menghantar tangki merawat air ke kawasan bencana
taufan Haiyan di Leyte, Tacloban, Filipina bagi memastikan mangsa
mendapat bekalan air bersih.
Pengarah Urusannya Datuk Syed Danial Syed Ariffin berkata langkah itu lebih pratikal kerana bekalan air di kawasan bencana sudah musnah sama sekali.
"Mangsa bencana (biasanya) tidak ada pilihan melainkan mengharap bantuan yang selalunya dihantar dalam bentuk botol air minuman dan mineral. Namun kali ini Puncak Niaga menghantar tangki itu kerana bukan sahaja dapat menapis air mentah tetapi juga merawatnya dengan kaedah terbaik," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.
Menurutnya tangki 'Jernih' itu juga mudah alih dan menggunakan tenaga solar, sekali gus memudahkan tugas mengagihkan bekalan air bersih kepada mangsa.
Misi penghantaran tangki air itu disertai oleh empat warga kerja Puncak Niaga dan dibantu oleh 11 anggota Angkatan Tentera Malaysia, katanya.
Taufan Haiyan yang membadai Filipina minggu lepas menjejaskan kira-kira sembilan juta penduduk termasuk 1.5 juta yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana taufan yang disifatkan paling dahsyat di negara itu sejak beberapa dekad lepas.
Pihak berkuasa Filipina mengumumkan angka rasmi korban Haiyan lebih 3,600 orang setakat Jumaat. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.