MALAYSIA KINI
Seorang tahanan lelaki mati ketika tiba di lokap Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tahanan berumur 49 tahun itu sebelum itu didapati pengsan dalam kenderan 'Black Maria'.
Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di dalam lokap tersebut.
Terdahulu mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama-sama tahanan lain dari Penjara Sungai Buloh.
"Mangsa didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 14 Oktober lepas kerana memiliki dadah merbahaya dan sebutan kesnya pada hari ini di Mahkamah Majistret," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.