MALAYSIA KINI
Masyarakat
Orang Asli menyatakan perasaan tidak puas hati mereka dengan kenyataan
seorang pegawai kanan di bahagian penguatkuasaan Jabatan Perhilitan yang
didakwa mengibaratklan kumpulan itu dengan haiwan.Beliau dikatakan mempertahankan tindakan kerajaan meletakkan pagar berdawai sepanjang Sungai Krau untuk keselamatan hidupan liar di taman negara.
Orang Asli bagaimanapun melihat langkah itu menjejaskan kehidupan mereka.
"Saya amat kecewa dengan kenyataan tersebut, seoalah-olah Orang Asli bukan manusia...," tok batin yang dikenali sebagai Mhd Kuang itu dipetik sebagai berkata dalam kenyataan daripada Jaringan Orang Asli Pahang (JOAP) hari ini.
Beliau malah membangkitkan soal pendudukan di kawasan itu yang mana sebelum Perhilitan, Orang Asli sudah lama menduduki kawasan itu.
"Kita yang memberi nama bukit-bukit dan gunung (di hutan) tetapi mengapa Perhilitan cakap macam itu," katanya dengan begitu marah.
Semakan Malaysiakini di laman itu sehingga jam 4.01 petang mendapati komen di Facebook itu tidak boleh diakses buat sementara waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.