Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sempena penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), September lalu menegaskan Petronas perlu melonjakkan Program Pembangunan Vendor (VDP) syarikat itu bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.
“Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, saya akan mengarahkan semua kementerian dan syarikat milik kerajaan mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.
“Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera, barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan,” katanya.
Beliau turut mengumumkan Petronas sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor huluan dan hiliran antara sekarang sehingga 2017.
“Melalui projek itu, kita merangkakan supaya syarikat Bumiputera dapat manfaat daripada kontrak bernilai RM20 bilion setiap tahun untuk kerja perkhidmatan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.