Halaman

Sabtu, 16 November 2013

Ulama sahaja boleh bawa PAS ke landasan asal - Hasan Ali

 Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Datuk Hasan Ali menegaskan PAS perlu dipimpin oleh golongan ulama agar perjuangan kembali konsisten seperti awal penubuhannya.
 
Tambahnya, PAS kini semakin goyah perjuangannya akibat golongan Anwarinas yang juga disifatkannya sebagai parasit yang bermatlamatkan mengguling parti Islam itu.
 
Justeru, kepimpinan ulama dalam parti itu adalah keperluan untuk mengembalikan PAS ke landasan yang asal.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat kali ini yang menyaksikan pertembungan antara golongan ulama dan pemimpin erdogan iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah mencabar Mat Sabu dalam merebut jawatan Timbalan Presiden.
 
"Saya konsisten daripada dulu saya mahu lihat ulama yang memimpin PAS. Ulama yang melihat dunia dan akhirat. Saya dapati ulama sedemikian ada dalam PAS dan perlu diketengahkan.
 
"Nik Amar mencabar Mat Sabu ada kategori itu," tegasnya.
 
Beliau turut menganggap bahawa pemilihan kali ini bakal mencerminkan hala tuju parti yang sepatutnya memperjuangkan Islam.
 
Kedudukan parti itu di mata orang Melayu khususnya Islam yang juga bergantung kepada keputusan pemilihan itu nanti.
 
Hasan yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) berkata PAS dalam pemilihan partinya akan memberi fokus kepada kerjasama parti itu dalam gabungan Pakatan Rakyat (Pakatan).
 
Jelasnya apa yang disentuh dalan Multaqa Ulama PAS sebelum ini jelas membuktikan parti itu sendiri sedar bahawa kedudukan dalam Pakatan seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu apabila dilihat undi daripada Melayu kepada PAS semakin merosot.
 
"Saya mengharap itu dapat dicerminkan dalam muktamar dalam PAS.
 
Ketika ditanya adakah Hasan sudi kembali kepada PAS ini jawapan beliau:
 
"Jika ada jemputan daripada pimpinan PAS, saya akan pertimbangkan dengan JATI, saya ada banyak pihak yang perlu dipertimbangkan jika datang jemputan seperti itu," ringkasnya.

2 ulasan:

  1. Rasanya tak payahlah, biarlah hasan ali tu terus berbaik baik ngan umno, nanti dia buat gempak lagi, susah org mcm ni, buang masa

    BalasPadam
  2. Rasanya tak payahlah, biarlah hasan ali tu terus berbaik baik ngan umno, nanti dia buat gempak lagi, susah org mcm ni, buang masa

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.