WFAUDZIN NS
ISU kalimah Allah dimainkan semula terutamanya di Selangor. Salah satu
cubaan untuk alih perhatian dari isu kenaikan harga barang dan tol,
tambahan pula puluhan ribu rakyat telah pun tampil berhimpun di Dataran
Merdeka baru-baru ini amat memalukan rejim yang kini tersepit.
Samada mereka yang menyokong atau membantah penggunaan Kalimah Allah
digunakan oleh penganut Kristian, kesemua mereka turun ke Dataran
Merdeka kerana fokus utama adalah untuk menunjukkan kepada rejim bahawa
jangan cuba alih perhatian kepada perkara lain. Isu Kalimah Allah
rakyat faham benar "kang kali kong" rejim yang memerintah yang tidak
serius langsung di dalam isu ini, jika tidak masakan ada undang-undang
berbeza di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak berkaitan isu ini. Itu
tidak serius bahkan mempersendakan.
JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) nampaknya cuba mengulangi sejarah
lalu di zaman Khusrin jadi Pengarah JAIS. Serbuan dilakukan, rampasan
kitab Bible dilakukan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor.
Malahan boleh mereka jawab 'terlupa' mahu beritahu. Apa tujuan mereka
'menyembunyikan' tindakan mereka itu dari Kerajaan Negeri Selangor?
Jika benar jujur, mengapa perlu 'berahsia'? Tahukah JAIS jika berlaku
apa-apa di antara penganut Kristian dan Umat Islam, Kerajaan Negeri
mesti bertanggungjawab? Waktu itu, JAIS akan menyorok kepala macam
kura-kura. Sejarah telah kita lihat akibat permainan seperti ini.
Kita bukan mahu mengatakan tindakan mereka itu betul atau sebaliknya,
tetapi kita pertikaikan tindakan mereka yang langsung tidak menghormati
Kerajaan Negeri. Kita mahu beritahu Kerajaan Negeri Selangor, awasi
tindakan JAIS ini. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.