MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada Jumaat berkata kerajaan akan terus berusaha menyediakan
sistem pengangkutan awam yang terbaik untuk rakyat.
"Kita terus berusaha sediakan sistem terbaik," kata Najib dalam Tweet terbaharu beliau malam Jumaat.
Perdana Menteri mengulas kajian tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyatakan kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang terus meningkat terutama semasa waktu puncak sebelah pagi.
Kajian itu menunjukkan jumlah perjalanan yang dibuat semasa waktu puncak sebelah pagi meningkat sembilan peratus kepada 5.7 juta perjalanan pada 2013, berbanding 5.3 juta perjalanan tahun sebelumnya.
Menurut SPAD pada 2013 penumpang dalam tempoh puncak sebelah pagi setiap hari ialah 827,000 berbanding 635,000 pada 2012.
Kajian itu juga mendapati penumpang rel bandar melepasi penumpang bas memandangkan rel menyumbang 52 peratus bagi pengguna pengangkutan awam. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.